aku dah pun tukarkan cinta ke tadika baru...tadika islam. Keputusan ni aku amik lepas aku tak berapa setuju bila mana cinta lebih pandai baca bahasa cina berbanding bahasa melayu. Aku tak bercita-cita untuk antor anak ke sekolah cina jadi aku x mahulah cinta belajar bahasa cina walalupun sedikit, jadi masa cinta belajar kat little prince, aku nengok cinta lebih fasih mengira dengan mengeja dalam bahasa cina, bahasa melayu memang x tahu apa pun, sedangkan time aku nak register cinta, bila aku tanya dia cakap....bahasa cina tu sampingan sahaja.
okeylah, aku tunggu lagi, pastu bila aku duk kat tadika cinta nemankan cinta belajar dalam 2-3 jam, aku nengok teacher tu asyik cakap bahasa cina aje. kalu nanti nak antar ke sekolah rendah cina okeylah, kalau x der niat buat abis masa anak aku aje. lagipun aku dah ada pengalaman antar abang tadika cina, tak mo lah pisang berbuah dua kali.
so nak tak nak aku kena tukarkan juga cinta ke tadika islam ni. puas jugaklah mencari, finally kami berdua sepakat antar kat sini. Yang aku lebih suka dan excited sebab ada solat dhuha, ada mengaji, ada iqra dan macam-macam, lagipun senang cinta sesuaikan diri banding ngan tadika lama yang ada masalah sikit sebab cinta asyik nangis aje. Yang ni okey sebab, hari kedua belajar terus ada rombongan gi KidZania, jadi cinta cepat mesra ngan kawa-kawan n cikgu.
Alhamdulillah, yang penting cinta suka dan happy gi tadika. tu yang paling penting.
dan setiap hari halwa telinga aku seronok aje dengar anak aku duk baca doa dan alif ba ta. x derlah lagi aku duk dengar bahasa cina.
Ni bukan sebab aku anti cina, tapi sebab aku x der niat pun nak antar anak-anak aku ke sekolah cina, x boleh anti sebab pak mertua aku sendiri adalah mualaf. ayah rizal tu memang 100% bukan melayu tapi orang cina. Bahkan nama pak mertua aku di IC pun cina, WEE TONG SENG...tu nama ayah mertua aku. Nama islam dia Enche Hussin bin Abdullah Nenek sebelah aku lak memang anak cina, mak kepada ayah aku. so x boleh ada perasaan anti or tak suka cuma kami berdua x mo anak-anak kami belajar di sekolah cina, itu aje, lain orang lain pendapat dan cara didikan, gitu jugak dengan aku.
muka sedih, x bagi amik gambor.....sebenarnya aku memang ada pasang niat untuk antar cinta, daniel dan aura ke tadika agama. Dan kalau boleh daniel aku niat nak antar sekolah tahfiz. tu baru rancangan, InsyaAllah kalau diizinkan itulah niat aku.
Danish n kasih pulak, aku tengah carik sekolah agama yang sesuai. Nak antar ke Al-Imtar, mahal sangat, yang ada mungkin Sri Al Ummah... tengoklah aku tengah survey lagi sekarang.